Tuesday, July 7, 2009

Malu Nak Memulakan Perbualan?

Tentu antara kita malu untuk memulakan perbualan. Rasa tak tahu nak mulakan bagaimana. Dalam hati dan fikiran seakan-akan membeku & membisu. Semua manusia pasti mengalami pengalaman dan perasaan begini. Situasi begini adalah normal.
Perkataan pertama yang dikeluarkan sangat penting. Ia menggambarkan perasaan seseorang ketika itu. Jangan tersalah untuk memilih perkataan yang bakal dilontarkan. Perkataan akan terpacul di mulut hasil daripada gelodak di jiwa dan fikiran di minda.

Dibawah ini diperturunkan tujuh (7) petua untuk memulakan perbualan. Lakukan sekarang. Pasti anda disukai oleh ramai kawan dan lawan. Percayalah.

1) Berikan ucapan salam bagi umat Islam, hi dan hello bagi bukan Islam. Persoalan pertama yang perlu diajukan adalah APA KHABAR?

2) Lemparkan SENYUMAN yang paling manis dan ikhlas. Senyuman yang paling menawan adalah dengan membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi. Senyuman yang ikhlas adalah dengan menaikkan pipi ke atas dan mata dalam keadaan mengecil sambil mulut terbuka sedikit.

3) BERJABAT TANGAN sesama jantina. Perlakuan ini menampilkan kemesraan dan keterbukaan kita kepada orang yang kita ajak berbual.

4) MEMPERKENALKAN NAMA SENDIRI. Dengan rasa rendah diri kita memperkenalkan nama penuh kita atau nama yang ingin kita panggil (nama panggilan mesra).

5) GUNAKAN KATA GANTI NAMA YANG BETUL. Pilihlah kata ganti nama yang betul pada tempat yang betul dan pada masa yang betul, seperti saya, awak, dan kamu.

6) BUANGKAN SIKAP KENEGERIAN ATAU BERRPUAK-PUAK. Tak perlu kita berasa bangga dengan dari mana kita berasal. Manusia adalah sama di sisi Tuhan. Yang perlu dibanggakan adalah kita adalah manusia yang hebat diciptakan oleh Tuhan dalam bahan dan acuan yang sama.

7) AKHIRI PERTEMUAN DENGAN KEGEMBIRAAN. Ucapkanlah perkataan seperti SAYA GEMBIRA BERTEMU DENGAN AWAK. Pasti orang yang kita ajak berbual berasa dirinya dihargai.

Untuk mendapat keberkesanan petua di atas, anda perlulah memulakannya daripada sekarang. Tak perlu kita bertangguh lagi. Saya percaya anda pasti disukai oleh ramai orang. Secara tak langsung anda akan dikenali ramai. Percayalah dengan kehebatan yang ada pada diri anda. Teruskan...

Tuesday, November 11, 2008

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan ku (termasuk bekas anak didikan ku). anda semua adalah guru ku yang jujur. anda adalah pemangkin kepada kejayaan ku. aku menjadi kuat kerana anda semua.

terima kasih Cikgu Harun a.ka. Jinggo (pemilik Eco Kid Adventure) banyak mendidik, mengajar, membantu & membimbing aku untuk menjadi Fasilitator yang disukai & mencurahkan idea cara bagaimana untuk membangunkan kem motivasi, tempat aku berkhidmat di hujung minggu.


Cikgu Azzah (empunya Digital Apprentice Management) rakan yang banyak membimbingku sehingga membawa aku ke Beringgis Beach Resort, Papar, Sabah. aku perlu mencontohi perjuangan beliau. Wanita besi yang dikagumi. beliau adalah pencetus untuk aku membuka butik pakaian vintaj ku sendiri.

Cikgu Che Rus a.k.a CR (selayaknya menjadi Pengetua, bekas Pengarah RISDA Pahang). ilmu yang dicurahkan, nasihat yang ditaburkan, teknik komunikasi yang sangat toleransi memang mujarab untuk diriku.

Cikgu Zuliati a.ka. Atie (wanita yang penuh kesabaran, selayaknya menggondol anugerah Wanita Harapan Negara) kali pertama beliau berkhidmat di Kem Millennium terus diletakkan bersama ku dalam kelas CB Fuyoh. anda orang yang hebat sekarang. komited anda sangat tinggi. juga orang yang terakhir bersama ku dalam kelas CB sebelum aku meninggalkan sekolah Kem Millennium buat kali terakhir.

Cikgu Nora (wanita yang suka membantu, kreatif, kritis, suka ketawa) selalu menumpangkan ku untuk pergi dan balik ke sekolah Kem Millennium sebelum aku memiliki kereta sendiri.

Cikgu Sharah (wanita yang sarat dengan idea yang hebat, kecil-kecil cili padi)

Cikgu Shahir a.k.a Syair Mahmud June (lelaki idaman Kem kerana tidak ampuh dengan sindiran, teguran & amaran yang dikenakan) bicara beliau sungguh romantis. aku dapat belajar sesuatu daripada beliau; nak bagi perempuan terpikat pada lelaki perlulah berbicara dengan penuh sopan & romantis walaupun lelaki itu tidak kacak.

Cikgu Er (seorang Guru Sejarah, banyak menasihati ku semasa aku sedang bercinta dengan Cikgu Amira a.k.a Mira)

Cikgu Naga Devi a/p Mogan Ravie a.k.a Naga (kakak kepada Cikgu Elango & buddy aku yang terhebat semasa kelas CB) sekarang sudah mempunyai anak. buddy aku ketika mengajar kelas CB di Dewan Millennium. aku sangat teruja dengan cara & gaya penyampaian beliau. ramai terpesona dengan senyuman yang menampakkan gigi beliau yang putih melepak.

Cikgu Iskandar a.k.a Is (buddy pertama ku digandingkan ketika aku mula-mula berkhidmat di kem) hebat cara penyampaian beliau yang bersahaja. pencetus keberanian ku untuk penjadi Jurulatih terbaik.

Cikgu Amira a.k.a Mira (bekas kekasih ku yang sangat taat, tabah, komited, berani & penyayang) anak Datuk yang hidup dalam kesederhanaan, tinggal di Bukit Damansara. daddy beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. beliau kini telah pun berkahwin & hidup dalam ketenangan bersama suami tercinta.

dan tak lupa kepada rakan-rakan ku di sekolah Kem Millennium. teruskan perjuangan anda. anda memang terpilih daripada beribu-ribu Jurulatih di seluruh Malaysia untuk menjadi anak murid sekolah Kem Millennium. syabas.

aku sangat-sangat terhutang budi pada Mejar Shahruddin (mantan Komandan Kem Millennium yang sekarang berkhidmat di Lebanon untuk Misi Antarabangsa). jasa beliau sangat besar. beliau telah mendidik aku menjadi diri aku yang sebenarnya. aku baru tersedar yang aku memang berbakat dalam kepimpinan. terima kasih kepada beliau kerana menganugerahkan aku Jurulatih Terbaik Kem Millennium Kumpulan 1 Siri 4/2007.

tidak lupa juga pada Kapten Wazir (sudah pun bersara), Kapten Norli, staf tentera & Jurulatih Fizikal, Jurulatih Silang Budaya, Jurulatih Program Penghayatan Sastera & Budaya di Kem Millennium yang banyak membantu & mematangkan aku. anda semua adalah orang yang hebat. tanpa anda tentu Kem Millennium jatuh & terus rebah tersungkur.

hargailah mereka selagi mereka bernafas. tak rugi pun kita menghargai orang. penghargaan sangat penting dalam diri manusia. melalui penghargaanlah kita mendapat kekuatan. seringkali masyarakat kita susah untuk mengucapkan terima kasih. di Amerika, masyarakat mereka telah dididik untuk menghargai orang. anda perhatikan betul-betul, terdapat kad ucapan terima kasih khas dijual di kedai-kedai. realitinya mereka sangat menghargai bantuan & pertolongan kawan-kawan. kita hidup di kelilingi kawan-kawan. kawan-kawanlah pendorong kejayaan kita.

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

Tuesday, October 21, 2008

Sekolah Wawasan?

Pada 17 - 19 Okt aku menerima kedatangan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, USJ 14 (Sekolah Wawasan). Buat pertama kalinya aku mendengar dan menyaksikan sendiri apakah itu Sekolah Wawasan. Hebat dan memang hebat. Di persekitaran perumahan tersebut mempunyai 3 jenis sekolah; Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.


Sebulan sekali Sekolah Wawasan ni akan berkumpul di satu tempat untuk mengadakan perhimpunan bersama. Mereka akan menyanyikan lagu sekolah mengikut bahasa ibunda mereka.


Maklumlah dah lama aku tak mengikuti evolusi terkini dasar pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah ni mempunyai pelajar-pelajar yang hebat. Kebanyakkan mereka mempunyai ibu bapa yang berjawatan hebat seperti Jurutera, Pegawai Kanan Kerajaan, Usahawan Syarikat Besar dan sebagainya.


Seperti di gambar ni, namanya Aqilah. Kedua-dua ibu bapanya berjawatan Jurutera.
Budaknya pun hebat juga. Kenapa hebat? Dia seorang yang tabah, sabar, swadaya,
foresight, suka membantu kawan-kawan. Muda & kecil lagi budak ni.
Baru darjah 5 tapi dah menampakkan kematangan. Aku pun sangat berminat dengan pemimpin kecil ni. Aku jadikan sebagai adik angkat ku.







Begitulah kisahnya aku bersama pelajar-pelajar Sekolah Wawasan. Kenangan paling menarik ketika kami ke Air Terjun Sungai Pisang. Sudah lama tak mandi dalam keadaan air yang sejuk dan segar. Jika ada sesiapa yang berminat & berhajat untuk datang ke sini, silalah hubungi saya. Saya akan uruskan perjalanan sehari ke Air Terjun Sungai Pisang.


Perkara yang paling penting, hargailah alam sekitar kita. Semoga alam ini dapat dinikmati generasi kita dengan rasa bangganya.




Wednesday, October 15, 2008

Vintage Collection Butik?



aku sekarang sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah butik yang dipanggil vintage collection...butik seperti ini sudah lama dikenali di USA & Jepun...cuma di Malaysia tidak diperluaskan lagi.

konsepnya begitu mudah...customer yang datang tentu akan terpesona kerana di butik itu mereka seperti berada di rumah sendiri...dalam butik tu, aku akan menjual pakaian terpakai, berjenama dan sukar didapati serta aku ada menyediakan ruangan minum dan tempat bersantai yang dilimpahi dengan majalah-majalah vintage collection...

lagi pun aku mempunyai kemahiran membuat kopi menggunakan mesin seperti di Coffee Bean & Starbucks...majalah-majalah pun boleh didapati dengan murahnya di Junk Bookstore di Jalan Silang...tengok gambar ni, amacam kasut Mary Jane jenama Clarks for Kids, made in Portugal...aku jual pada harga RM70 sahaja...t-shrit belang-belang tu pula berjenama Polo Ralph Lauren, made in Peru...aku jual pada harga RM39 sahaja...murahkan...uniknya, aku menjual pada kadar yang termampu oleh pembeli...setakat ni aku tetap melangkaui kepulauan Borneo...

aku pun ada kemahiran mengredkan pakaian kerana aku pernah bekerja part time di Kedai Bundle,Plaza Hang Tuah,Melaka...jadi aku tidak persia-siakan peluang & ruang yang aku ada...

Monday, October 13, 2008

memori tercipta

memori di Alang Sedayu pada 10 - 12 Oktober masih terpahat dan segar di ruang legar minda ku...haha...aku terus diburu gosip oleh pelajar dajah 3-6...kelakarkan...tapi inilah realiti remaja zaman millennium...tarikh keramat tu aku bersama-sama Jinggo+Tomato+Kedondong (bukan nama sebenar) menerima peserta dari Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang seramai 40 orang...tapikan sekolah ni mempunyai pelajar lelaki...pertama kali aku menerima khabar yang sekolah convent ada pelajar lelaki...memang hebat...kebanyakan mereka anak orang yang hebat...ada anak D.O, anak Pengarah Hospital dan anak Bisnesman...tahniah semuanya...mereka juga merupakan orang yang sangat hebat...hebat segala-galanya...pemikiran mereka matang berbanding usia mereka sebenar...banyak perkara aku pelajari...umur ketika ini memerlukan perhatian...rupa-rupanya mereka memerlukan belaian kasih sayang berbentuk keramahan, berbual-bual dan ruang untuk berbicara...jarang benar kita memberikan ruang yang terbaik untuk mereka melontarkan idea...tidak terfikirkah kita, kadang-kala mereka ini mempunyai idea yang lebih dari kita...teringat aku kisah Hang Nadim ketika Singapura dilanggar todak...disebabkan Hang Nadim itu budak kecil dan memberikan idea & cadangan, terasa hati si Raja yang tinggi egonya untuk menafikan kehebatan fikiran & kemantapan idea yang bernas tu...terima kasih Diana, Putri, Fafa, Farhana, Tan, Leong, Gabriel, Afiq dan yang lain-lainnya kerana ANDA lah Guru saya...hayatilah lagu Memori Terindah oleh Shila OIAM...wassalam

Thursday, October 9, 2008

rezekiku...

wah tak sangka rupanya, aku bertemu Jinggo hari ni, pagi-pagi lagi dia dah contact aku.macam biasa dia nak jumpa aku di Restoran Nasi Kandar Deen, Medan Idaman.pekena roti canai+milo panas.rupa-rupanya hari ni ada group dari sekolah kebangsaan di Cameron Highlands datang ke kem Jinggo.Pergh...memang hebat Mr Jinggo kita ni.sampai sekolah di puncak tinggi pun datang ke kem dia yang terletak di Alang Sedayu, Gombak yang begitu aman tenteram di kelililingi hutan belantara yang banyak mengumplkan gas 02 kepada manusia.hehe.macam biasa aku jadi Fasi untuk kem dia selama 3 hari.dah lama sangat bercuti.badan+lemak+darah telah dipenuhi dengan rendang+nasi himpit+ketupat dan macam-macam lagi.dia bagi idea kat aku untuk buat blog sendiri. tanpa melengahkan masa aku & dia terus ke siber cafr yang berdekatan.ni lah tajuk aku yang pertama.thanx mr Jinggo.what u give u get back.