Tuesday, October 21, 2008

Sekolah Wawasan?

Pada 17 - 19 Okt aku menerima kedatangan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, USJ 14 (Sekolah Wawasan). Buat pertama kalinya aku mendengar dan menyaksikan sendiri apakah itu Sekolah Wawasan. Hebat dan memang hebat. Di persekitaran perumahan tersebut mempunyai 3 jenis sekolah; Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.


Sebulan sekali Sekolah Wawasan ni akan berkumpul di satu tempat untuk mengadakan perhimpunan bersama. Mereka akan menyanyikan lagu sekolah mengikut bahasa ibunda mereka.


Maklumlah dah lama aku tak mengikuti evolusi terkini dasar pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah ni mempunyai pelajar-pelajar yang hebat. Kebanyakkan mereka mempunyai ibu bapa yang berjawatan hebat seperti Jurutera, Pegawai Kanan Kerajaan, Usahawan Syarikat Besar dan sebagainya.


Seperti di gambar ni, namanya Aqilah. Kedua-dua ibu bapanya berjawatan Jurutera.
Budaknya pun hebat juga. Kenapa hebat? Dia seorang yang tabah, sabar, swadaya,
foresight, suka membantu kawan-kawan. Muda & kecil lagi budak ni.
Baru darjah 5 tapi dah menampakkan kematangan. Aku pun sangat berminat dengan pemimpin kecil ni. Aku jadikan sebagai adik angkat ku.







Begitulah kisahnya aku bersama pelajar-pelajar Sekolah Wawasan. Kenangan paling menarik ketika kami ke Air Terjun Sungai Pisang. Sudah lama tak mandi dalam keadaan air yang sejuk dan segar. Jika ada sesiapa yang berminat & berhajat untuk datang ke sini, silalah hubungi saya. Saya akan uruskan perjalanan sehari ke Air Terjun Sungai Pisang.


Perkara yang paling penting, hargailah alam sekitar kita. Semoga alam ini dapat dinikmati generasi kita dengan rasa bangganya.




No comments: