Tuesday, November 11, 2008

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan ku (termasuk bekas anak didikan ku). anda semua adalah guru ku yang jujur. anda adalah pemangkin kepada kejayaan ku. aku menjadi kuat kerana anda semua.

terima kasih Cikgu Harun a.ka. Jinggo (pemilik Eco Kid Adventure) banyak mendidik, mengajar, membantu & membimbing aku untuk menjadi Fasilitator yang disukai & mencurahkan idea cara bagaimana untuk membangunkan kem motivasi, tempat aku berkhidmat di hujung minggu.


Cikgu Azzah (empunya Digital Apprentice Management) rakan yang banyak membimbingku sehingga membawa aku ke Beringgis Beach Resort, Papar, Sabah. aku perlu mencontohi perjuangan beliau. Wanita besi yang dikagumi. beliau adalah pencetus untuk aku membuka butik pakaian vintaj ku sendiri.

Cikgu Che Rus a.k.a CR (selayaknya menjadi Pengetua, bekas Pengarah RISDA Pahang). ilmu yang dicurahkan, nasihat yang ditaburkan, teknik komunikasi yang sangat toleransi memang mujarab untuk diriku.

Cikgu Zuliati a.ka. Atie (wanita yang penuh kesabaran, selayaknya menggondol anugerah Wanita Harapan Negara) kali pertama beliau berkhidmat di Kem Millennium terus diletakkan bersama ku dalam kelas CB Fuyoh. anda orang yang hebat sekarang. komited anda sangat tinggi. juga orang yang terakhir bersama ku dalam kelas CB sebelum aku meninggalkan sekolah Kem Millennium buat kali terakhir.

Cikgu Nora (wanita yang suka membantu, kreatif, kritis, suka ketawa) selalu menumpangkan ku untuk pergi dan balik ke sekolah Kem Millennium sebelum aku memiliki kereta sendiri.

Cikgu Sharah (wanita yang sarat dengan idea yang hebat, kecil-kecil cili padi)

Cikgu Shahir a.k.a Syair Mahmud June (lelaki idaman Kem kerana tidak ampuh dengan sindiran, teguran & amaran yang dikenakan) bicara beliau sungguh romantis. aku dapat belajar sesuatu daripada beliau; nak bagi perempuan terpikat pada lelaki perlulah berbicara dengan penuh sopan & romantis walaupun lelaki itu tidak kacak.

Cikgu Er (seorang Guru Sejarah, banyak menasihati ku semasa aku sedang bercinta dengan Cikgu Amira a.k.a Mira)

Cikgu Naga Devi a/p Mogan Ravie a.k.a Naga (kakak kepada Cikgu Elango & buddy aku yang terhebat semasa kelas CB) sekarang sudah mempunyai anak. buddy aku ketika mengajar kelas CB di Dewan Millennium. aku sangat teruja dengan cara & gaya penyampaian beliau. ramai terpesona dengan senyuman yang menampakkan gigi beliau yang putih melepak.

Cikgu Iskandar a.k.a Is (buddy pertama ku digandingkan ketika aku mula-mula berkhidmat di kem) hebat cara penyampaian beliau yang bersahaja. pencetus keberanian ku untuk penjadi Jurulatih terbaik.

Cikgu Amira a.k.a Mira (bekas kekasih ku yang sangat taat, tabah, komited, berani & penyayang) anak Datuk yang hidup dalam kesederhanaan, tinggal di Bukit Damansara. daddy beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. beliau kini telah pun berkahwin & hidup dalam ketenangan bersama suami tercinta.

dan tak lupa kepada rakan-rakan ku di sekolah Kem Millennium. teruskan perjuangan anda. anda memang terpilih daripada beribu-ribu Jurulatih di seluruh Malaysia untuk menjadi anak murid sekolah Kem Millennium. syabas.

aku sangat-sangat terhutang budi pada Mejar Shahruddin (mantan Komandan Kem Millennium yang sekarang berkhidmat di Lebanon untuk Misi Antarabangsa). jasa beliau sangat besar. beliau telah mendidik aku menjadi diri aku yang sebenarnya. aku baru tersedar yang aku memang berbakat dalam kepimpinan. terima kasih kepada beliau kerana menganugerahkan aku Jurulatih Terbaik Kem Millennium Kumpulan 1 Siri 4/2007.

tidak lupa juga pada Kapten Wazir (sudah pun bersara), Kapten Norli, staf tentera & Jurulatih Fizikal, Jurulatih Silang Budaya, Jurulatih Program Penghayatan Sastera & Budaya di Kem Millennium yang banyak membantu & mematangkan aku. anda semua adalah orang yang hebat. tanpa anda tentu Kem Millennium jatuh & terus rebah tersungkur.

hargailah mereka selagi mereka bernafas. tak rugi pun kita menghargai orang. penghargaan sangat penting dalam diri manusia. melalui penghargaanlah kita mendapat kekuatan. seringkali masyarakat kita susah untuk mengucapkan terima kasih. di Amerika, masyarakat mereka telah dididik untuk menghargai orang. anda perhatikan betul-betul, terdapat kad ucapan terima kasih khas dijual di kedai-kedai. realitinya mereka sangat menghargai bantuan & pertolongan kawan-kawan. kita hidup di kelilingi kawan-kawan. kawan-kawanlah pendorong kejayaan kita.

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

No comments: